2016 First Semester Break
Assalamualaikum and Hi!
Hampir setahun kot tak jenguk blog ni hahahaha. Pemalasnya kau ni rraaa. Bukannya malas, cuma masa tu tak mengizinkan. So cuti cuti yg sebelum ni? Untuk cuti hujung tahun 2015 tu, hmmm boleh disimpulkan bahawa banyak masa saya dibuang dengan menonton kdrama dan sampailah cuti kali ni. Nasib baik wifi mama belum bayar, so terpaksalah guna data Internet Burung Hantu untuk tengok drama sobs sobss.. even for updating blog ni pun, guna data je. Tapi untuk cuti CNY hari tu, kitorang ke Pitas, waaaa actually i really in love with that place, tenang je hati ni. Yg cuti hujung tahun pun saya takda lah just mereput tengok kdrama di rumah, at least kitorang ada juga melancong bajet rendah ala backpacker ke Peninsular Malaysia, hahaha habis kitorang round dalam masa 2 minggu. Dahsyat weehh!! Sampai ada yg demam demam lagi hahahah
Hampir lupa pula nak ucapkan, Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Bulan ni kena buat ibadat lebih, okayy? Alhamdulillah dah sehari kita berpuasa. Kalau takda keuzuran, bolehlah ke masjid sembayang tawareh bak kata upin dan ipin hehehe. For this year, again, mama buat jualan di Bazaaaaarrrr. Rezeki untuk hari ni, Alhamdulillah tak juga banyak, tak juga sedikit, yang penting ada. So, sesiapa tinggal di Bongawan, bolehlah ke Bazar untuk membeli laksa penang & nasi kerabu kitorang. Murah je. Nasi kerabu tu, mama guna resepi Kak Niza yg dah kuning dah kertasnya hahahaah. Kak Niza memang champion ahh buat nasi kerabu, and the most important is, resepi tu memang resepi orang Kelate, Kak Niza kan asal dari Gua Musang. Tapi, mungkin taklah 100% sama dengan nasi yg Kak Niza buat, lain orang, lain citarasanya. Ada juga orang, sambalnya tu diganti dengan budu, tapi mehe gilo noh. Hahahaha tak tau bahasa kelate kah tu atau bukan hahahaha sorry
Sebenarnya kan, saya tengah struggling dengan kerja projek addmaths. Sepatutnya hantar sebelum cuti, bacause of midsem exam hari tu, deadline submit kerja tu kena postpone. And sepatutnya lagi, saya yg kena cari information, tup tup dorang pula yg cari. Mula mula memang plan nak cari sebelum puasa tapi saya busy dengan kenduri sabtu lepas, and all of sudden uwa atau datuk kassim meninggal petang khamis minggu lepas. Khamis, 2:20pm, kitorang baru je sampai rumah lepas balik dari beli barang untuk kenduri sabtu tu, tetiba babu Asnah dengan si Yusuf angkat jemuran. Dengan hairannya, mama tanya kenapa babu Asnah tetiba di sana. Then, babu Asnah bagitau. Hmmmm Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.
Dalam satu minggu tu, memang banyak yg tak diduga terjadi. Betullah orang kata, kita hanya mampu merancang dan Allah yg menentukan. Berbalik kepada kerja projek. Guysssssssss, im sooooo sorry that i couldnt make it. And thanks juga sebab faham dengan keadaan saya. But how could you all tidak bagitau saya yg kamu sudah buat? Terkejut beruklah juga bila tahu kamu dah buat, then saya terus rasa tersangatlaaaaah bersalah and rasa macam kena isolated tu pun macam adalah juga, anyway thanksssssss, xie xie, kamsahabnida, selamat po. Nasib baik Ahad tu saya ada tanya Lonie, kalau tidak, berlapislah kita punya information. So sekarang ni, saya tengah release tension dulu dengan blogging while listening to BTS's songs. V is realllllllllyyyy kawai, handsome and saya suka dengan perangai dia yg blur blur Hahahahah macam saya kot. Peminat korea tegar pula saya ni hmmmm. Berharap sangat nak ke Korea, bila fikir balik, dalam mimpi jelah kot. Tapi tak mustahilkannn, InshaAllah suatu hari nanti.
Okay, sampai di sini sahajalah yeee, dah lenguh dah ibu jari ni tekan keyboard dekat ipad ni. Sehingga kita bertemu di entry yg seterusnya. Chehhh macam buat surat pula hehehe
Comments
Post a Comment