Asasi Life

Josephians in Asasi
Dari kiri: Sien-sien, saya, Atisha, Ivy, Fredrica

Closest buddies in Asasi
Dari kiri: Anne, Farah, Apiqkah, Zulli, saya, Audrey, Nilam
          Seriously, lama gila saya tak update blog ni, nak dekat setahun lebih juga hahaahah. Yelah, dah masuk asasi ni sibuk ja memanjang. Hehe sebenarnya ada ja masa untuk update tapi saya ganti dengan tengok kdrama, kdrama comes first okayy hahahha. So sekarang ni saya boleh la rajinkan diri yg malas ni utk update blog sementara cuti tunggu masuk degree. Saya ambil asasi sains dekat UMS, Sabah ye bukan Selangor sebab masa kami Minggu Suai Mesra (orientasi) dulu tu, ramai yg dari semenanjung kata dorang tertipu dengan UPU, dorang fikir letter S in UMS tu stands for Selangor hahahhaha boleh pula tertipu. Actually, mula-mula tu saya memang nak ambil u yg jauh dari sabah tapi parent tak suruh, yelah consider flight cost lagi, saya bukannya dari keluarga senang. So saya letak lah asasi sains ums ni as first choice tapi asasi sains dengkil as second choice hahahaha still nak jauh. Saya tak letak high expectation pun dekat ums, result spm saya tak lah meletop, tapi bersyukur sangat-sangat. Sekali result UPU keluar, eh dapat pula ums hahahaha ada juga rasa sedih tu sebenarnya. Nevermind, mana-mana u pun, kalau betul-betul nak belajar, memang okay punya, yg penting niat, kan? kan? kan? I think this entry will be longer than previous entry, so kalau tak nak tau how I survived in asasi, tak payah baca pun tak pe.

         Before saya cerita life saya as asasi student, asasi ni jalan singkat ke degree lebih kurang macam matriks. Cuma matriks under KPM and asasi ikut u masing-masing. Kalau korang pilih asasi ums, korang memang for sure boleh sambung degree dkt ums. Ada sorang abg grab ni pernah cakap dkt sya, "Student asasi ni memang beruntung, sebelah kaki dah jejak universiti, lepas setahun, dua-dua belah kaki dah jejak universiti". Hmmm/ Untuk asasi ums, kita study 2 sem je bersamaan dgn setahun tapi previous batch ada 3 sem dlm setahun. Yg kami 2 sem ni pun kelam kabut, batch yg 3 sem lagilahh. Salute you gais! Previous batch kata, batch kami best sebab lagi banyak cuti dari dorang hahahah tapi kerja pun banyak juga hahahah. Kelas ganti pun banyak juga, malam lagi tu hahaha. Masa sem 2, pernah kelas ganti setiap hari sampai sebulan, serious penat. Okay, Asasi sains ums ada 2 bangunan, satu kena panggil annexe (bangunan lama) and satu lagi kami panggil ppst je (bangunan baru). Bangunan ni located between FSSA dgn FPP and depan kami ada PPIB. Kami dekat je dengan library hehe. So, kalau ada gap, boleh la lepak library. Tapi kalau pegi library wajib bawa kad matriks ye, tak boleh tak bawa.

          24th May 2017 saya register. Masa register tu sendiri-sendiri, parents tak boleh ikut. Kena berdikari, kan? Tapi shocked jugala, first time urus semua on my own hahahaha. Masa mula-mula masuk tu, ya Allah happy pun ada tapi sedih yg lagi membuak-buak. Yelaa, tak pernah masuk asrama then masuk u terpaksa tinggal hostel, berpisah dengan parent. Padahal dekat je dengan rumah, bayangkan kalau saya dekat semenajung hahahah memang hari-hari mata bengkak menangis sebab homesick. Itupun lepas 3 hari orientasi, kami kena bagi cuti seminggu sempena kaamatan. Tapi nangis juga hahahaha. Hostel student asasi dekat Kolej Kediaman Tun Mustapha (Kg AB), berdepanan dengan masjid je, tak la berapa jauh dari ppst. Lepas cuti seminggu tu terus masuk kuliah dari 8am sampai 10am. Masa minggu pertama kuliah belum ada tutorial, second week baru ada tutorial dari 2pm-3pm depends dengan tutor. Some tutorials(class) dapat tutorial yg mula 10.30am, then 2pm-5pm ada lab. Kalau saya lab starts at 10.30am sampailah 1.30pm tapi depends dengan experiment la, kalau awal habis, awal la keluar lab, both sems saya dapat jadual yg macam ni. Tapi untuk minggu yg awal-awal tu, lab belum start lagi, lepas raya 2017 tu baru start, sya tak ingat week ke berapa lab baru start. Same goes to sem 2, lab tak start awal-awal.


Sem 2 Physics labmates yg masuk air
Dari kiri: Wan, saya, Syafiqah, Azyma
        Lab report WAJIB hantar yeee, sebab subjek lab ni berdiri sendiri, dia tak campur mark dengan subjek teras. Assessment dia kalau tak silap 80% lab report, 20% lab test(correct me if im wrong). Untuk lab report ni, paling PENTING sekali is format okay. Ramai student pandang remeh dengan format ni tapi format ni la paling basic, even bukan kau yg compile, at least tolong la compiler, kasi betul font, size etc semua tu. Geram sis kalau certain people yg send report yg tak ikut format, serious! Dahlah tak ikut format, lambat send lagi aduhhh sis sabar jelaaaa hahahahaah hah satu lagi amalan copypaste or plagiarism. Tak salah kau search dekat internet info semua tu tapi jangan lah sebijik kau ambil then senang-senang je terus letak, ada yg tak recheck atau baca balik sampai ada point tak masuk pun dengan experiment. Pastu tak letak link dekat reference, sengsara orang nak cari balik. Boleh cari dekat internet tapi as reference, kalau nak juga copypaste, at least pandai-pandai la rephrase, tukar sikit-sikit ayat dari internet tu. Bukan untuk lab report je ye, untuk assignment & PBL report pun macam tu, okay? Kalau nak high marks, lecturers selalu suruh buat citation dekat point yg kita ambil dekat internet or any books. Guna APA citation style ye, boleh google apa tu APA citation style
.

Hologram
          Physics Lab punya lab report tulis tangan, special sikit. Masa sem 1, format utk ketiga-tiga lab ni sama je tapi masa sem 2, lab report Physics upgrade sikit, buat macam journal tapi still tulis tangan hahahaha. Waktu lab la yg paling saya suka sebab tak stress sangat, kalau dapat lab demo yg best lagi syok. Masa sem 1, lab yg paling sya rasa syok is physics lab sebab lab demo masa tu memang sporting gila. He's a master student. Every lab dia akan bawa inventions yg dia & his friends buat, then tunjuk dekat kami after habis experiment. One of them is simple hologram, cuma guna basic law of refraction & relection je, tup terus jadi hologram. Masa mula-mula kena kasi tunjuk tu, terus rasa "kenapa aku inda pernah terfikir pun mau buat macam ni?". Padahal, tersangatlah simple. For sem 2 pula, sya suka Chem lab. Hahahahah mula-mula masuk lab dah kena tembak dengan soalan-soalan pasal chemistry, dahlah tak prepare langsung, then ada procedure yg sya tersalah buat, time tu ngam-ngam dia nampak saya salah buat, terus kena tegur. Lepas buat experiment, dah dapat result tapi still tak sure so kami tanya lab demo, tapi lab demo psycho kami pula. Perghhh punyalaa sya seharian down habis. 

         Rasa macam dah tak nak masuk for the next lab tapi terpaksa juga, of course kena tembak soalan juga tapi boleh jawab sebab ada preparation, happy jugalah. So dear juniors, bacalah lab manual before masuk lab, kasi faham betul-betul, okay. Tapi sya down juga masa second lab tu sebab kena tegur bercakap masa lab demo tengah explain hahahaha sebenarnya sya tengah bincang dengan labmate siapa buat part ni, part tu. Tup, tetibaa kantoi hahahaha tapi kannnn, last last, lab chem la yg paling sya suka sebab lab demo kami tu mula-mula ja dia nampak macam tu tapi bila dah lama-lama sporting juga wehhh hahahaha pastu dapat lagi labmates yg gila-gila, memang ketawa ja masa buat experiment even lab demo pun ikut sama hahahaha. 

         Ohya, masa sem 2, semua tutorial kena rombak, termasuk tutor and lab demo. Luckily, saya masih sama tutorial dengan 3 org dari tutorial masa sem 1. Tapi ada juga yg langsung tak jumpa lagi dengan tutorialmate lama. Tapi sem 1 punya tutorialmate yg sya paaaling rapat. Of courselah sya ada geng, so kami satu geng ada 7 orang. 4 of us (saya, Audrey, Farah, Zulli) masuk satu tutorial yg sama, perghhh what a coincidence. Sem 2, kami terpisah. Tapi still rapat sebab kami, 4 out of 7, roommatesss hahahaha saya satu bilik dengan Audrey, Anne & Nilam. Apiqkah, Farah & Zulli lain-lain bilik tapi bilik kami juga yg jadi tempat berkumpul. Antara kami tujuh, semua gila-gila kecuali Anne dengan saya *eh betul ka?* hahahahaahh Anne as kami punya role model. Kami memang rapat even sya selalu balik setiap minggu. Sedih jugalah, selalu ja tertinggal berita terhangat dekat hostel hahahaha
Sem 2 Classmates: Tutorial 10
Sem 1 Classmates: Tutorial 13 (incomplete)

Same tutorial for both sems

         Untuk Assignment and PBL(Problem Based Learning), hah ni sebenarnya markah free. Yg penting buat presentation bagus-bagus, jangan sambil lewa ja sebab kalau tak silap 50% dia sumbang dekat grade kita. 20% mid exam, 30% final exam (correct me if im wrong). Sometimes, assignment dgn PBL ni depends dengan teamwork juga actually. PBL wajib present, assignment pula ada yg kena present ada yg tak, depends lecturers & tajuk la. Ada juga assignment individually buat. Setiap sem, Bio & Chem akan ada PBL 2 kali and assignment sekali. PBL akan kena buat before mid sem exam (selalunya after chapter4) and before final exam, ada assignment and PBL one more time. For Physics & Maths, kalau tak silap sekali PBL and sekali assignment. Yg ni depends dgn lecturers juga, selalunya buat before final exam, thats why before final exam tu laa masa yg paling sibuk, dah la nak final situ juga ada presentations. Tulah masa sem 1 tu, 2 weeks before final, tidur sya langsung tak terurus, ada yg langsung tak tidur dan sya boleh kira berapa kali ja sya tidur di atas katil, selebihnya tidur di meja hahahahaha.

First PBL Presentation in Sem 2
Last PBL Presentation
Dari kiri: Saya, Zikri, Azyma, Azlan(leader), Idayu
         Kalau orang yg cengeng macam sya memang menangis hahahaah tipu kalau saya tak nangis. Macam-macam cabaran sya dapat waktu buat PBL & assignment ni, Pernah sekali, sya tengah buat 2 e-poster, satu utk assignment Chem, satu lagi utk assignment Physics sekali report. Esok dah kena present, malam tu baru nak buat hahahaha. Masa tengah buat tu, dlm 12am, mata sya berat gila, jadi sya tutup lah mata sekejap. Bukan sekejap, 3 jam sya tidur duduk menghadap laptop. Jam 3am tu sya terbangun, ya Allah punyalah terkejut tengok dua-dua e-poster sama report utk Physics tu hilang. Rasanya laptop saya restart masa sya tidur tu, tapi WPS tak tau kenapa tak autosave, semua hilang macam tu je. Nak nangis tapi saya kuatkan ja hati sebab kalau saya nangis memang tak terbuat balik. Sya try whatsapp group member, Ain, kot kot belum tidur kan. Syukur rupanya dia belum tidur sebab masih buat report, so saya minta tolong dia buat sikit. Masa tu mata memang segar habis, tangan pun laju gila hahahah Alhamdulillah, semua siap before presentation jam 9am. *Thank you Ain*. Hari tu takda kuliah, dah habis belajar dah, tinggal tutorial (PBL & Assignment) ja, lab pun dah habis. Alhamdulillah, masa sem 2 dah boleh manage masa, saya rasa sem 2 lah saya rasa tidak kelam kabut & tak berapa stress. Sya rasa paling puas hati present PBL Chem masa sem 2, sebab semuanya well-prepared and well-planned. Dapat lagi tutor yg perghhh, kalau kita ambil point dari thesis orang, kita mesti fahamkan betul-betul thesis orang tu, bukannya main ambil ja, kena tahu thesis tu dari u mana, siapa author dia. Saya terpaksa print thesis tu semata-mata nak highlight je. Pastu, dia tanya soalan pergghh padu wehh tapi syukur dapat jawab. Tu yg buat sya puas hati sangat-sangat. Bukan tu ja, kami dapat group leader yg serious baikkk punya sampai tutor Chem kami waktu tu puji cara dia lead kami. Both of kami punya presentations tutor suka. Tapi saya lagi suka yg last tu, serious puas hati la hahahaha.

T10 with Mdm Wafa, Tutor Chem Sem 2
With our sem 1 Physics tutor, Miss Syira

Sem 2 saya dimulai dgn Chem PBL presentation & diakhiri juga dengan Chem PBL presentation. Untuk sem 1, saya tak ingat hahahaha gambar takda sebab masa sem 1 dulu, lepas present terus balik, tak terdetik pun nak bergambar. Ada juga gambar tapi yg last presentation punya which were Physics dengan Chem. Hah ni lah hari yg e-poster and report sya hilang tu hahahah mengantuk jangan cakaplah, ada gap je terus tidur, masa orang tengah present di depan pun rasa mamai mamai.


T13 Girls with Mdm Mega, our sem 1 Chem lecturer/tutor
         
        But gaisss, dont worry laa. Dekat asasi ni bukannya belajaaaarrr ja memanjang. Kita ada juga aktiviti, depends dengan mpp la, aktiviti apa yg dorang plan. Tapi tapi.. ada dua events yg paling sya suka iaituuuww Asasi Got Talent (AGT) & Asasi Gala Night. Hah dari mula-mula masuk lagi saya dah ternanti-nanti events ni. Memang setiap batch akan buat events ni, kira event wajib lah. Batch kami buat events ni masa sem 2, hmmm salute mpp sebab sem 2 la paling busy tapi still boleh buat events ni. So sesiapa yg ada bakat terpendam atau tidak terpendam haha boleh lah ikut AGT, tunjukkan bakat korang tu. Tapi ada juga yg tak nak datang AGT ni, saya rasa pelik juga lah. Macam rugi, yelaa kita dekat asasi setahun je kot, susah doh nak cari memory macam ni. Penat-penat mpp buat event ni, ada pula yg tak nak datang, macam dorang tak appreciate mpp punya effort hahahaha sis geram, sorry. Anne kan mpp, so selalu juga dengar luahan hati Anne sebab dorang tak nak pegi ni.

Congrats Izyan and Kingsley. T13 berbakat baaa.

Congrats Anne.
Audrey sampai nangis tengok dia perform gymnastic macam ibu yg proud of her child hahahaha. 
         Then, dah nak dekat final baru ada Gala Night wuhhuuu ni paling best. Gala night kami buat dekat Klagan Hotel on 14 April 2018. Kira Gala Night ni macam penutup lah. Kalau perempuan, one day before tu dah memang busy gila cari baju, makeup bagai. 1Borneo kan dekat je, kami naik grab ja senang. Kalau tak high demand, boleh dapat RM4 je dari PPST ke 1B tapi tak tau la lepas uber join grab ni. Ada juga yg dah prepare awal, dua bulan sebelum dah beli baju hahaha. Zulli tak dapat join gala night tapi dia still ikut kami tidur di hotel lepas gala night. Mummy Anne yg sponsor bilik hotel sebab takut tak dapat masuk ums kalau balik lambat sangat, thank you aunty *tunduk 90degree*. The night before tu, semua cuba try test pakai makeup, baju & kasut. Dorm dah jadi macam fashion show hahahaa. Kami kumpul makeup yg kami ada dalam satu box. Saya bukannya pandai makeup, so terpaksalah zulli yg tolong hahaha, thank you zulli *tunduk 90degree*. Anne upah cousin dia makeupkan, memang tak rugi la sebab dia kena nobatkan sebagai Quenn of The Night. Pergghh nobat, jarang guna perkataan ni. 2 weeks after gala night ni, barulah final exam.

Incomplete T10

Incomplete T13

Masa ni Farah tak ikut kami, dia balik rumah, so Annas yg ikut hahaha.
Kami acah je lebih hahahaa tapi serious lawa gambar ni.
Lepas post gambar ni dkt status wassap hari tu, ramai tanya siapa yg ambil gambar ni.
Hahahaha biarlah rahsia ya. Kami-kami ja yg tahu.
Saya bukan MPP dan bukan juga 4flat student. Tak salah kan kalau sya nak share few tips? Actually, sya dah share sedikit dekat atas. Kalau saya terulang share pun, tak pa la kan hehehehe

1. Kuliah
Anda sekeras-kerasnya dilarang meniru aksi ini ketika kuliah
Waktu kuliah jangan tidur ye, nanti rugi. Lecturers tak la kejam sangat, dorang bagi juga 5-10 minutes break, so bolehlah lelapkan sekejap mata tu, tapi jangan terlajak pula hahaha. Kalau boleh, duduk lah dekat seat yg paling depan. Ada some students, dia akan memanfaatkan teknologi dengan sebaik-baiknya. Dia akan record lecture tu. So, bila dia nak buat revision, dia boleh dengar recording tu. Kalau dia tak faham juga, baru tanya lecturer. Tapi kalau dah record, janganlah kedekut, boleh share dekat tutorialmates ke classmates ke. Next, jangan malas datang kuliah even kau dah pandai. Kes ni selalu jadi utk kelas Tasawwur/P. Moral, ICT & P. Malaysia. ICT & Pengajian Malaysia masuk exam, okay? Jangan pandang remeh, dia affect CGPA juga tu. ICT utk sem 1 & P. Malaysia utk sem 2. Tasawwur/P. Moral pula ada dlm both sems, depends dgn ustaz/ustazah/lecturer yg ajar korang sama ada dia nak buat test ke tidak. Walaupun chore subjects kau semua 4.00 (A), tapi kalau these three subjects kau tak datang, memang kau takkan score punya. Bubye gaman laa CGPA 4.00 tu hahahaah

2. Tutorial
Tutorial wajib buat, jangan tak buat sebab kekadang soalan exam sebijik dari tutorial, selalunya masa mid sem exam keluar sebijik. Kalau waktu class tutorial pula, tutorial saya memang dah kena biasakan present soalan & jawapan dekat depan, mau tak mau, mesti siap & fahamkan tutorial tu. Bolehlah juga bantu boost up self-confidence utk cakap di depan. Kalau korang dapat tutor yg ajar kuliah, memang untunglah sebab kekadang dorang dah bagi hint tentang exam dekat tutorial tapi ada juga yg memang bagi hint masa dalam kuliah, that's why telinga kena selalu pasang. 

3. Lab
Lab report wajib buat, hah teamwork paaaling wajib. Jangan biarkan teammates tak buat part dorang eh. Selalu jadi kes macam ni bila semua kerja seorang je yg buat. Sekali tutorial kena rombak, yg langsung tak buat apa-apa tu kantoi tak tahu nak buat report macam mana even introduction & reference pun, ya Allah. Tapi kes ni tak terjadi dekat both tutorials saya, sya dengar keluhan dari kawan-kawan sya yg dari tutorial lain je. Lab coat jangan tinggal, nanti tak dapat masuk lab. Untuk Chem Lab, wajib buat jotterbook, ada mark juga tu. Kalau jotterbook tertinggal, tak sempat nak balik dorm, boleh buat balik dekat sekeping kertas, yg penting ada. Then, balik dorm, kena lekat sebab ada lab demo punya sign.

4. Study
Some notes yg sy buat & printed lecture notes
Lecture notes paling penting walaupun kau ada buku setebal kamus. Sometimes, lecturer akan kasi keluar soalan exam dari soalan contoh yg ada dalam lecture note. Batch saya dulu guna buku dari matriks sebab syllabus lebih kurang sama, tapi ada some topics yg matriks tak belajar yg kena masukkan dalam syllabus asasi. Kira lagi advance la kot sebab topics tu mostly dari degree punya topics tapi kena ambil yg intro je (lecturer yg cakap). Hari tu ada lecturer cakap, batch depan nanti dorang nak guna buku stpm, tapi tak tau lah. Rasanya lebih kurang juga kot dengan stpm sebab dulu sya pernah ambil tuition physics dengan cikgu stpm, cuma stpm banyak tunjuk cara nak solved (derive formula) problem, so kira lagi bagus lah. Study last minute is really really dangerous lagi-lagi untuk organic chemisry (sem2). Sebulan sebelum exam tu, boleh lah belek-belek lecture note setiap malam. Saya pernah tanya senior yg dapat 4flat, dorang buat nota ke? Dorang baca buku teks ke? Relax je akak tu cakap, "Tak, kitaorang baca lecture notes je". Mula-mula, memang tak percaya. So sya try, memang betul sebab lecture notes ni ringkas je tapi padat. Tapiii tak bermakna kau tak payah buka buku dah, ehh mesti buka juga for further reading, notes pun buat lah utk mana yg kau tak berapa master. Untuk organic chemistry memang lagi bagus kalau buat notes dlm mind map supaya senang nampak. Saya lagi selesa baca lecture notes yg kena print, so sya minggu-minggu balik rumah sebab nak guna printer je sebenarnya *cover malu* hehehe tapi kalau rasa membazir, download je dekat phone. Hah, kalau study dekat asasi ni, memang semua ilmu kau yg cari sebab lecturer takkan bagi exercises or notes lebih. Kalau kau jenis malas, tutorial jelah harapan kau. Kalau rajin, nak juga dapat 4flat, boleh beli sendiri buku-buku dekat bookstore, then try buat *sya tak beli pun hahaha pemalas kan* Or you can just use buku exercise yg mula-mula beli masa pendaftaran tu. Tak tahu la kalau batch baru ada lagi ke tak buku tu.


5. Stress
In UMS Aquria
Habis je paper, kami terus ke 1B
Siapa kata belajar dekat asasi tak stress? Menangis lagi, tau! Dengan nak hadap lab report, tutorial semua, memang tidur tak pernah pukul 10pm. Paling awal pun, tidur dlm pukul 12.++am. Tulah sya rasa hidup sya berubah 450degree bila masuk asasi, semua berubah. Waktu makan & tidur memang tak tetap. Makan pun bila ada duit, tapi kalau ada duit pun saya malas nak ke cafe sebab tak larat nak naik tangga dekat asrama perempuan kg AB tu. Turun cafe pun kalau ada group discussion. Masuk asasi, mental kena kuat ye. Kena biasa berdikari. Tapi it's okay, kalau nak release stress, banyak tempat dekat ums ni kau boleh pergi, for example, Pantai Odec, UMS peak. Setiap khamis ada tamu depan dewan canselor tu, tapi cuma ada waktu degree je hahaha. Kami pernah buka puasa ramai-ramai depan dewan tu, sambil-sambil tu kami main game, serious best! Kalau tak pun, boleh pegi 1B yess, ni favourite student ums, boleh tengok wayang, main bowling, shopping ke hahahah Kalau rasa pegi 1B takda class, boleh pegi imago or suria sabah. Ums tak jauh pun dari bandar kk. Jangan tak balik dorm pula hahaha bahaya tu. Dan yg paling penting utk release stress ni, jangan lupa solat & doa okay.

6. Masa
Hah nilah salah satu punca stress. Kalau tak pandai manage, memang hanyut punya. On weekdays sya memang tidur di dorm tapi jumaat petang saya akan balik rumah. Masa dekat dorm, sya akan tetapkan hari selasa dgn khamis are the days sya kena basuh baju. Ums takda mesin cuci kain ye, adik-adik. Some students akan cuci baju dkt dobi di alamesra, tak tau pula costnya berapa. Selalunya, sya akan buat dlm pukul 6 sbb balik dri class maybe dlm pukul 4pm-5pm. Untuk hari-hari lain selain selasa & khamis tu, maybe you guys boleh la pegi kompleks sukan, exercise. Manalah tau boleh terjumpa jodoh, kan? Hahahahaa. Sya tak keluar pun, biasanya sya akan tidur atau tengok kdrama. Sebab penat sangat, tak cukup tidur lagi. Tapi jangan tiru eh, tak bagus tidur lepas asar. Dalam pukul 7pm macam tu, sya akan siapkan apa yg sya belum siap, biasanya tutorial. Selalunya sya akan cuba kasi siap dekat rumah on weekend, tapi mustahil ahhahaha. So sambung je dkt dorm. Kalau makan, selalunya sya minta roommates belikan hahahaha jangan pula kau ikut, kesian dia. *thank you Aud, Nilam & Anne*. So, on weekend dekat rumah, sya akan siapkan lab report dulu, sebab some compilers dorang nak awal, senang nak check. Then, print lecture notes. Kalau ada masa lebih lagi, sya akan buat note sikit-sikit. Hari-hari, ulang benda yg sama ja sebenarnya. Korang boleh juga buat planner, yg simple pun jadi la, just to make sure kita boleh kasi siap kerja yg kita nak buat, tak lah 'terpesong' hahahah

Untuk adik-adik yg nak masuk asasi UMS, fikir dulu masak-masak, baru apply. Walaupun sya rasa stress dkt asasi ni, tapi still best lah. Memang akan banyak moments yg adik takkan dapat dekat mana-mana u. Of course kau akan kena kata masih sekolah sebab ramai orang kata asasi ni macam tadika ums. Tapi dekat asasi, kita akan kena exposed macam mana degree life nanti, so kita takda la culture shock sangat, hopefully lah hahahah sebab sya belum lagi masuk degree hehehe

Sepatutnya sya kena buat entry ni before batch 9 masuk kan hahaah sorry lambat, tapi boleh jadi panduan untuk the next next next batch lagi. Good luck, adik-adikku!


Kalau ada persoalan, bole email sya.

Comments

  1. Hi sis, thank you so much for writing this blog. It’s very detailed and answered my questions about the study in Asasi sains UMS.
    Saya batch Asasi UMS yang ke-10 (2019/2020), banyak sudah blogger yang saya cari tentang Asasi ni tapi diorang mostly batch2 yang lama sudah, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Tq sis for sharing,Nanti tdk juga blur2 bila sya masuk asasi nanti (Batch 2019/2020) hahaha

    ReplyDelete
  3. Saya juga batch (2019/2020)..Jumpa nnti ye....Risau jugak nih bila nak masuk asasi....

    ReplyDelete
  4. Hi sis, masih sempat kaini ah sa mo bertanya hehe. First of all, thanks for sharing this blog, sangat membantu sa yg dlm dilemma ni hahaha. Sebenarnya sa mo tanya pasal yuran2 di UMS mcm mana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, bole email sya dkt erra.izzah@gmail.com

      Delete
  5. hai may i ask klu semua student asasi sains ni kat ums ni dalam satu kelas ja? or bnyk kelas2

    ReplyDelete
  6. Hi Kak Erra.. Saya nak tanya ni sebab curious..
    kalau kelas Bi dengan Pai, dia ajar macam mana eh? Saya selalu baca blog or post orang pasal asasi sains tapi takda 1 orang pun yang mention cara pembelajaran untuk kelas Bi or Pai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

SPM is over!

Rumah Orang Kaya Gadong ~