Astronomy, Kenduri Potong Jambul & Tunang

Assalamualaikum and Hi!

      Fuuhh! Dua hari berturut-turut penat. Semalam tidur nak dekat pukul 3am, apa tak tidur lewat, nak prepare untuk kenduri hari ni. Pastu tengah-tengah malam, saya dengan Kak Mijah cuci & cabut lemak ayam, dah laa air macam air gunung, tinggal nak tunggu tangan ni beku je. Hahhaa. Sebelum tidur, saya memberanikan diri keluar rumah and duduk-duduk tepi jalan raya. Bukannya nak bergayut, nak tengok bintang leee.

      Subhanallah! Memang cantik sangat bintang-bintang tu. At first, hajat nak tengok Milky Way, memang saya dah duduk di bawah the centre of Milky Way tu, nampak lagi buruj Sagittarius, Scorpio, Norma and Aquila, cuma tempat tak sesuai, banyak sangat cahaya lampu, so tak nampak laa. Sodih! Sedang saya mendongak ke langit, tetiba ada bintang yg bergerak laju dan berekor macam meteor. Lajunya pun lebih kurang macam meteor. Hehe! At first, ingatkan meteor, tapi kalau meteor, yg lain mana? Takkan sekali je kot. Suddenly, teringat tentang artikel yg pernah saya baca "Bintang Berekor". Alhamdulillah, rasa sangat bertuah dapat menyaksikan fenomena tu. Walaupun tak dapat tengok Milky Way, sekurang-kurangnya dapat tengok bintang berekor. Ada artikel yg mengatakan, bintang berekor ni adalah komet. Dan Imam Al-Mahdi akan muncul apabila munculnya komet. Wallahualam. Tapi tapi tapi, dari pengetahuan saya, komet bukanlah bintang k.

      Eh, sejak bila saya minat bidang astronomy ni? Hahahha. Rasanya, lepas raya tahun lepas kot, yg ada meteor shower tu. Eeeee, I'm envious of my father, dia berpeluang menyaksikan meteor shower hari tu. Dan itulaa membuatkan saya lebih ingin menceburi bidang ni. Tak salah kan? Hehhee. And satu lagi, the phenomena that I really wanted to see is Northern Lights and Southern Lights, atau lebih dikenali sebagai Aurora Borealis and Aurora Australis. It's very beautiful phenomena. Dan sungguh indah ciptaan Allah!

Credits to the right owner

      Okay, berbalik kepada hari ni, Kenduri Potong Jambul Ag. Adni Sufi and Majlis Pertunangan PakCik. Fuhhh! Memang penat aah hari ni. Hahaha! Pagi ni bangun jam 5am, cuba kira berapa jam je saya tidur.. itupun nasib baik terbangun. Actually, mata ni memang tak nak tidur, itu pun susah susah lagi paksa tidur. Bangun je, terus masuk dapur tolong mama, Mak Long dan nenek Ucu sikit-sikit. After that, ada masa lagi sebelum terbitnya matahari di ufuk timur. So, I used that time to took some photo of the sun before rises. 

01.02.2014   6:06am

No edit k. Gambar ni pun bukannya lawa, lagi pun mata time tu masih lagi kuyu. Wehh! Cuba tengok balik gambar tu, ada something macam bintang kan? I think, it was Jupiter, ataupun satellite. But, hati kuat menyatakan that it was Jupiter! Am I right?
What's Jupiter? Oh mak ai! Takkan tak taw kot, planet laaa weih. Darjah lima dah belajar tu. Hahha! Kenapa tak edit? Hah! Ni satu hal! Laptop kesayangan saya punya screen pecah dan semua software, gambar-gambar & lagu-lagu hilang macam tu je. Sodih.. sob sob. Alhamdulillah, mama bagi laptop asus dia, walaupun second-hand, kalau dah rezeki tak baik ditolak, kan?

      Alhamdulillah, dua majlis kenduri yg berlangsung hari ni berjalan dengan lancar dan jayanya. Cheh cheh! Ayat... Hahaha! Dah malas dah nak tulis panjang lebar sebab nak kejar masa nak tengok Ariana Rose. Hahaha, satu minggu ni saya langsung tak berkesempatan tengok drama tu, sibuklaa dikatakan. Korang pun dah malas dah nak baca kan? So, saya post gambar je k. 



Di Dapur



Bunga Telur

Selesai sahaja majlis memotong jambul, rombongan kami terus berangkat ke rumah pihak perempuan. Tapi sayangnya, saya tak dapat ikut sebab banyak kerja menunggu. Gambar ni, dapat dari cousin juga.
 Thank you :)

Credits to the right owner

Credits to the right owner
Mak Long menyarungkan cincin ke jari bakal isteri pak cik saya :)

Pak Cik memberi keizinan untuk kami buka semua balasan hantaran, dan sesi pembahagian harta makanan pun bermula di antara sepupu-sepapat. Hahaha!


 Kuih Bulan

 Balasan Hantaran

Malam ni, sepupu junior yg stay overnight di rumah semua buka modern electronic devices diorang, then main game. Huhuh. Jealous k, tapi dulu masa sepupu senior ni kecik-kecik, tak pernah pun merasa pegang tab, handphone and laptop untuk main game. Game kitaorang semuanya yg mencabar minda dan fizikal. Which generation is better? Of course laa yg senior kan? 

Apek, Khairul, Auni

So, that's all for today/month. And I just wanna say that I'm extremely tired but still forcing myself to blogging and watch drama, that's me!! Hahaha! Also, thanks to my cousin yg tolong saya ambil gambar-gambar ni even though gambar tu blur. Hahah.



Comments

Popular Posts

Asasi Life

SPM is over!

Rumah Orang Kaya Gadong ~