Ho, Ho, Holidayyyy!!

Assalamualaikum and Hi!

          Ngam ngam sebulan saya tak update blog, kan? How are you, guys? Harap, korang sihat. Pejam celik pejam celik, dah cuti akhir tahun. Sekejap je masa berlalu, kan? 'Nda kesedaran' orang bilang. So, how's your holiday, guys? Ada yang melancong jauh-jauh ni, kan? Betul tak, betul tak? Kalau ada sesiapa yang pergi South Korea, cepat-cepat bagitahu saya ye. Saya pun nak ikut! *dalam mimpi je tu*

          Macam mana exam result saya? Urrmmmmm. Alhamdulillah. Dapat nombor satu. But, masih tak memuaskan. Ramai classmates saya kata, result saya sangat bagus. Okay, mungkin itu bagi dorang. Saya? Ah, tu laaa saya memang tak puas hati. Pulang rumah pun, mama kata result saya tu tak memuaskan. Wanna know why? Science and Perdagangan saya teruk. Erghhhh! Actually, dari sekolah rendah lagi science saya teruk. Heheh. Tapi, tetap tak puas hati!!! Entahlaa, macam mana perdagangan saya boleh dapat markah nyawa-nyawa ikan. Walhal, perdagangan laa yang saya buat revision berkali-kali, baca textbook and buku rujukan berkali-kali. And finally markah teruk juga. Apa yang memalukan, saya dapat A dalam perdagangan last year. Feel ashamed lah jugaa  :(



Dah tengok, kan? Macam mana, terukkan? Gred purata pun, haiiiissshh! Hari tu target, 1.3. Tapi tak sampai. Anyway, I'm grateful dapat markah macam ni, agar saya sedar bahawa saya banyak lalai dan leka tahun ni. So, kena tambah minyak lagi untuk PBSMR next year. InshaAllah..

          Okay, berbalik kepada holiday. Memang cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru minggu lepas je balik dari Johor. Rupanya, dah nak hampir setahun. Cuti tahun ni, kitaorang tak melancong jauh-jauh sebab my bapak banyak kerja. So, duduk terperap dalam rumah jelaa. Jalan-jalan pun, paling-paling KK je. Hoho. Dekat rumah ni, takda apa-apa yang baru that I can try to do. Setiap hari buat benda yang sama je. Bosannnn gilaa tahap gaban! Kalau bukan main guitar, photography. Kalau bukan photography, main guitar. See! How bore my life is. Tak tahan laa setiap hari macam ni. Keluar jumpa member? Fuhhh! Keluar jumpa cousin sebelah rumah pun dah macam suspek yang kena soal siasat dalam sebuah bilik, ni lagi keluar jumpa member. Silap-silap, hancur badan kena terajang. Hahah. Takda laa sampai hancur badan. Ibu bapa mana laa yang tak sayang anak.

          Hari tu, saya ada teeeeeerrrrdengar mama and papa bincang. Dorang bincang pasal di mana kitaorang nak bercuti. Yeahhhh!!! Cer teka, cer teka. Hah! Kitaorang nak pergi Limbang lagi. Actually, bukannya bercuti sepenuhnya. My bapak ada kerja kat sana. So kitaorang ikut leerr nak round-round bandar Limbang. Dah lebih setahun kitaorang tak pergi sana. Rinnnnndddduuuuuuu... And then, selang beberapa hari, mama terbang ke KL dengan aunty. Kitaorang adik beradik tak dapat ikut sebab temankan papa kat sini. So kirim salam rindu jelaa dengan KL ye. 

Bandar Limbang, Sarawak
20hb Oktober 2012

Cantikkan bandar Limbang ni? InshaAllah, kalau kitaorang jadi ke Limbang, saya akan update gambar bandar Limbang this year, okay. Wait for it!

Okay, I think that's enough for today or this month, hoho.

P/S: To all SPM candidates, I wish all of you the best especially my cousins who are sitting this big exam for this year, 
~Kamilah Syazana (Kak Dadi) - SMK St. Joseph
~Nurul Azilah (Kak Zila) - SMK Sanzac
~Aqil - SMK Sanzac
~Shafiq (Awang) - SMK Tun Dr. Mustapha
~Afnan Zawawi (Kancil) - SMK Bongawan


Comments

Popular Posts

Asasi Life

SPM is over!

Rumah Orang Kaya Gadong ~