Cikgu Priss, we love you!

Assalamualaikum and Hi!

      Waaaaa, it's been a month saya tak update blog, right? Hehehe, don't know why, kebelakangan nie saya dah jarang online. Bukan jarang sebab busy, but I'm lazy!! Nak on laptop pun rasa malas taw, entahlaa kenapa. Tapi.. tapi.. tapi.. start from now on, saya berazam untuk mengurangkan online and social. Sungguh! Kenapa tak percaya eh? Okay, kalau tak percaya, tak pa. Banyak banyak social web/mobile account yg saya ada, cuma ada blog, twitter, facebook, me2day, Instagram and Youtube je yg saya ada. Yg lain lain tuw spt weChat, Line, ask.fm, keek etc semuanya dah deactivate, adalah juga yg saya delete je terus.

      Okay, straight to the points! Do you know Cikgu Priss? Mestila bha bilang. Haha! She's the best teacher I've ever met. Cikgu Priss guru sejarah kitaorang, but for three months je. Walaupun cikgu cuma practical student dari UMS, tapi the way she teach us, dah macam guru yg memang cukup berpengalaman taw.

      Macam yg Deborah kata masa the last day cikgu masuk kelas kami, "Dulu, masa saya form 1, subject sejarah hampir masuk category subject yg saya tidak suka.". I admit, saya pun macam tuw jugak. Sampai mahu terlelap bhaa. But, one day, hampir pertengahan tahun kitaorang form 2, tetiba kitaorang dikejutkan dengan berita ada guru baru yg akan ganti Cikgu Fauzi ajar Sejarah. Curious betul kitaorang taw. Lastly, Cikgu Priss menjejakkan kaki melangkah masuk ke kelas kami untuk mengajar sejarah. I really love the way she teach us. Kalau cikgu Priss ajar, langsung tak pernah bosan.

      July 11, is the last day she teach us. Lepas cikgu suruh kitaorang buat PBS, terus cikgu suruh kitaorang nyanyi lagu 1M4U tuww. Then, dorang Gevyen a.k.a Gerven bawa cake dari belakang kelas, saya tengok reaction cikgu macam terkejut. Even yg muslim puasa, but tak salahkan kitaorang celebrate? Tak lupa jugak, dorang Deborah ada buat kad yg ada lukisan seorang perempuan macam cikgu di muka surat hadapan kad tuw. Ahhh, presents pun ada taw! Cikgu tak taw, yg kitaorang maw bagi cikgu surprise. Masa cikgu berucap, air mata saya maw dah maw mengalir, tapi kolam air mata saya masih bole tampung. Saya cuma tengok dorang Gevyen peluk cikgu, saya pun maw jugak peluk, but I can't. Kalau saya peluk jugak, confirm macam bebudak kecil menangis minta gula-gula, but... tiba-tiba air mata saya jatuh jugak, dah tak tahan daahh weiih. Masa cikgu berucap, cikgu kata cikgu takut dan tak tahu macam mana maw ajar kitaorang sebab cikgu Jenith kata kelas wagner nie, kelas pandai-pandai. Tapi kitaorang nie, tak pandai mana pun, cikgu. Walaupun cikgu takut dan tak tahu macam mana maw ajar kitaorang, tapi cikgu berusaha jugak. Cikgu dah menunjukkan kepada kami yg cikgu seperti guru yg sebenar, not a practical student.

      Sebelum tuw, cikgu pun bagi kitaorang Chocolates sbg present untuk kitaorang. Then, cikgu bagi present highlight pen and note book untuk Debarah's group sebab dorang dah menang dlm pertandingan sketsa sejarah yg cikgu suruh. My group got the second place and Wan Hafiy's, got the third place. Untuk hadiah kitaorang, cikgu bagi RM 10, so bagi-bagi lorhh.

      Cikgu invite kitaorang untuk pergi convo cikgu kat UMS bulan November nie. Kebetulan hujung tahun nie, our class maw buat outing tapi belum taw nak pergi mana. So, I think, eloklah kalau sekali jenguk cikgu kan? Hehe, nie baru cadangan and belum lagi bagitahu Gevyen. Gevyen kan, dah macam Mummy kitaorang kat kelas tuw. Cikgu Priss kata, siapa yg datang masa convo cikgu tuw, cikgu akan belanja. Nahhhh! Hahahaha. Sekaligus laa bhaa kan?? Pasal budget tuw, entahlaa, Gevyen yg urus. Yg RM 10 cikgu bagi tuw, Gevyen yg ambil untuk duit kelas. Hokaloh! Saya pun belum lagi bayar duit kelas. Hahha. Cikgu Lesley kata, kelas kitaorang laa yg paling kaya. Apa taknya, jadual kita orang ada dua minggu. Minggu pertama, bayar RM 1, minggu kedua, bayar RM 0.50 (kalau tak silap). Dalam kelas tuw, ada 30 orang murid. Cuba kira untuk satu bulan? Dah berapa kitaorang dapat. Gevyen kata, dah RM 300 duit kelas kitaorang, itu pun ramai lagi yg belum bayar termasuk saya laa bhaa tuw kan? Heheh.

    

She hold the card we gave her.


Her smile :)


Cikgu Priss with Le'handsome and Le'pretty 2Wagner students
Hahah, muka saya separuh je nampak, spoil betul meja tuw, but it's okay.


Simple Six mempelawa cikgu untuk bergambar bersama


Cikgu Priss with Le'boys


Cikgu Priss with Simple Six


Cikgu Priss with The Youngest


The Chocolates she gave us, and the cupcakes 

OMG, sorry for those yg tengok gambar tuw. Banyak yg BLUR kan? Sorry.. Actually, cikgu tak suruh kitaorang upload gambar nie kat mana-mana social account, but it's the best moment, so tak nak aahh tak post kat blog nie. Mana best.. Sorry eh, cikgu. About the chocolate, terima kasih cikgu. About cupcake pulaaa, saya bagi adik saya because saya tak makan cheese, actually saya ala dengan cheese. 

To: Cikgu Priss,
             Cikgu, mula-mula sekali, saya ingin menyusun 10 jari meminta maaf kalau ada silap dan salah saya terhadap cikgu. You're the best teacher I've ever meet. Saya berharap cikgu akan berjaya walau apapun cabaran yang cikgu hadapi. Saya, Nor Izzah Syaira mewakili semua murid kelas 2Wagner sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesungguhan cikgu untuk mengajar kami dalam subjek Sejarah sekali gus mengembalikan minat kami terhadap subjek tersebut. Kami juga mendoakan cikgu supaya sihat dan bahagia selalu. Kami berharap, kita akan bertemu kembali suatu hari nanti. Amin..

Cikgu Prissentiazie, We LOVE You!



Comments

Popular Posts

Asasi Life

SPM is over!

Rumah Orang Kaya Gadong ~